Assalamualaikum..
Harini baru dapt bukak henset. Waa sangat dahsyat banjir di pntai timur tahun ni.. Banjir paling besar dalam sejarah malaysia .. Kalah bah merah tahun 1927 dan 1965 yg lepas.
Bermula dari gelombang pertama hujan lebat di seluruh kwasan pntai timur menyebabkan ada beberapa tempat naik air. Lpas beberapa hari xujan, hujan gelombang kedua pulak. Sepatutnya air dari gunung akan mengalir trus ke laut. Yg menjadi salah satu faktor pnyebab banjir jgk adalah kebetulan time ni ada fenomena bulan dekat sangat dengn bumi menjadi kan air laut pasang secara brrterusan.. Jd air dari gunung yg mengalir melalui sungai2 utama, tidak dapat mengalir elok. Jadi time ni kwasan yg terjejas truk kt klantan adalah gua musang n k.krai. ngeri tganu plak kat kwsan kemaman dan kenyir . tp yg pastinya kelantan paling terjejas truk.. Mrsm kuala krai tmpat aku ngaji dulu ya Allah tenggelam terus.
Ni serba sedikit pngalaman di negeri sendri.. Slepas gua musang n k.krai trjrjas dan lumpuh, sepatutnya air akan mengalir melalui sungai utama kelantan sebelum ke laut. Time ni gua musang n kuala krai memg dah lumpuh, ramai mgsa pi lari ke tmpat tnggi dan hutan. Hospital k.krai tmpat pling penuh dan sibuk time ni sbb hospital ni duk atas bukit n tnggi. Tp lama mana boleh betahan kan? Dah letrik xda, generator pon bukan bleh tahan lama, xtau camana keadaan diorang. Heli nak datang dekat xboleh sebb xda tmpat nak mndarat pon. Ya Allah selamatkan lah sdara kita kt sana.
Lepas tu, air akan terus mngalir trun hala ke tanah merah, pasir mas, kota bharu, rantau pnjang, ke tmpat.. Malang nye sbb fenomena air laut pasang tu,, ditambh lagi dengan air dari setiap empangan dilepaskan, memg air sungai melimpah2. Abes kawasn yg berdekatan sg n kwasan rendah mula naik air. Bandar KB xyah cakap lah memg lumpuh n tenggelam terus, ngeri je tngok gambo yg kwan2 share.
Kampung aku plak kt kwasan yg agak tnggi, jd ingatkan memg xnaik, rupanya meleset. Trkejut bngun pg sabtu tu dalam keadaan gelap xda letrik n tngok2 air dah naik depan rumah. Xpernah lagi dalam sejarah kwasan kg aku ni naik air. Kat depan jalan raya semua tu memg dah xleh lalu. Kire macam dah jd pulau kawasn ni..tersekat xleh g mana2.. Smpai tngahri air trus naik..nasib baik lah memg xujan.. Kalo ujan mgkin lagi teruk keadaan ni. aku mmg dah siap packing barng incase kna pindah. N Alhamdulillah petng tu da ok air xsurut n xnaik.. Kajian meteriologi kata 28 december mngkin ujan lebat untuk gelombang ke tiga. Ya Allah . hebatnye dugaan mu ntuk rakyat kelantan..
Sangat berharap elektrik akan ada semule ntuk tahu perkembngan semasa. Dah rasa mcam dok dlam gua ni dok terperuk je kat rumah.
No comments:
Post a Comment