Sunday, 16 August 2015

Elephant Sanctuary Kuala Gandah, Pahang: anak gajah mereka sangat comel bila mandi

anak gajah ni berumur 2 tahun (aku nak pnggil poo)
Assalamualaikum

15Ogos2015

Kalau ke Pahang, jangan lupa singgah ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang, Malaysia. Ala, yang dekat Lanchang tu. Kalau dari KL ikut je highway Kuala Lumpur-Kuantan pastu keluar exit Lanchang, pastu nampak terus signboard ke kuala gandah tu. Pastu siap ada pilihan belah kiri ke kuala gandah, belah kanan ke deerland. Masa xdan plak aritu, xsempat la kite nak bertemu mata ngan mak 'doe a deer a female deer' tu. Senang nau ler. Kalau buta maps mcam aku ni, tanya aje baby waze. Kenapa aku panggil baby waze ni? Asbabnya, die update sndri kat phone aku terus tukar suara baby gitu. siap nak suh mak dia belanja eskrim lg kalau kita drive elok-elok. comel

Aku puji usaha jabatan PERHILITAN ni wujudkan pusat konservasi gajah ni. Biasanya gajah yang ada kt sini gajah yang diselamatkan di hutan daripada perangkap or pemburu. Lepas tu depa lepas la balik. Ada 27 ekor gajah semua skali haritu. Staff kat situ memang terangkan kat pelancong-pelancong nama setiap gajah. Nama depa semua ikut nama tempat yang dijumpai seperti Rajah (Rajah nama tempat kat sempadan Kelantan). Nama yang lain-lain aku pon xingat dah. tu main hentam letak nama Poo je.  Pusat ni dah 26 tahun tertubuh dari 1989. Halamak sama pulak umo kite. 

Memang baguslah usaha yang depa buat untuk memulihara hidupan liar. Aku harap hidupan liar yang lain pon ada pusat konservasi macam kat kuala gandah ni macam  harimau ada MYCAT, tapir, beruang, seladang, dan lain-lain lah. Bukan apa, kite perlu ada usaha yang mcam ni, elak kepupusan haiwan liar, anak cucu pon tngok jgak, kang pupus kang, cicit ciok esok kata kat aku, "opah, opah sempat tngok x gajah masa opah kecik dulu? Lili xdan tngok, kat muzium je ada fosil dia"(sedeh kan), duit pon masuk bile pelancong datang, aku pon dapat cuci mata.. eh.. 

tu kitorang tengah cucu mata tu.. hehe

Masa lawatan kat pusat ni start kul 2 time weekdays dan start kul 10 pg time weekend and abes kul 5 petang gitu la. Aku suggest korang datang time weekdays la sbb xramai orang. Kitorang g weekend aritu ramai nau, sampai full dah booking untuk mandi ngan anak gajah. Ku kuciwa ngat. Free je nak masuk sini tapi kena daftar lu untuk dapatkan sticker lawatan. Cuma kalau dapat book mandi ngan anak gajah, bayar rm 150 per group (10 orang per group)

10 am- lawatan rasmi (jelajah ler nak jelajah smpai lebam- aktiviti bebas. aku cadang korang pusing deerland dulu (bayaran dewasa rm8, kanak2 rm4) pastu baru pi masuk pusat kuala gandah)
1 pm- tayangan video dokumentari pemindahan semula gajah
2 pm- lunch hour with miss Elly ( kena beli (pisng rm5 sesisir, tebu rm3 seikat, kacang rm 2) kalau nak bg depa makan. mahal sket bagi aku tp xpe lah kite sokonglah aktiviti depa ni)
pastu ada lg, gajah2 wat pertunjukan, boleh pegang2 lg belalai depa tu
3 pm- mandi bersama anak gajah. aku cadang korang call dulu untuk booking aktiviti ni sebab terhad untuk 100  orang ja. Mandikan gajah ni 5 minit je per group boleh turun pi mandikan anak gajah. Lohai comel betul depa terapung2 tenggelam timbul dalam air. macam tengok iklan carry junior ja. hehe.  

Kalau nak booking aktiviti ke, nak tanya ape2 info ke boleh la tanya staf kat pusat ni ye.. ingat, book awal-awal tau:

pejabat eco (013-90882070)
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah,
Jabatan PERHILITAN,
Kuala Gandah, 28500 Lanchang,
Pahang Darul Makmur, Malaysia.
tel 09-2790391 fax 09-2790398
email: www.wildlife.gov.my


ni gambo apak n mak gajah.. anak depa xdan snap plak







Tuesday, 30 December 2014

Bah paling besar 2014 di malaysia. Ye saya setuju

Assalamualaikum..

Harini baru dapt bukak henset. Waa sangat dahsyat banjir di pntai timur tahun ni.. Banjir paling besar dalam sejarah malaysia .. Kalah bah merah tahun 1927 dan 1965 yg lepas.

Bermula dari gelombang pertama hujan lebat di seluruh kwasan pntai timur menyebabkan ada beberapa tempat naik air. Lpas beberapa hari xujan, hujan gelombang kedua pulak. Sepatutnya air dari gunung akan mengalir trus ke laut. Yg menjadi salah satu faktor pnyebab banjir jgk adalah kebetulan time ni ada fenomena bulan dekat sangat dengn bumi menjadi kan air laut pasang secara brrterusan.. Jd air dari gunung  yg mengalir melalui sungai2 utama, tidak dapat mengalir elok. Jadi time ni kwasan yg terjejas truk kt klantan adalah gua musang n k.krai. ngeri tganu plak kat kwsan kemaman dan kenyir . tp yg pastinya kelantan paling terjejas truk.. Mrsm kuala krai tmpat aku ngaji dulu ya Allah tenggelam terus.

Ni serba sedikit pngalaman di negeri sendri.. Slepas gua musang n k.krai trjrjas dan lumpuh, sepatutnya air akan mengalir melalui sungai utama kelantan sebelum ke laut. Time ni gua musang n kuala krai memg dah lumpuh, ramai mgsa pi lari ke tmpat tnggi dan hutan. Hospital k.krai tmpat pling penuh dan sibuk time ni sbb hospital ni duk atas bukit n tnggi. Tp lama mana boleh betahan kan? Dah letrik xda, generator pon bukan bleh tahan lama, xtau camana keadaan diorang. Heli nak datang dekat xboleh sebb xda tmpat nak mndarat pon. Ya Allah selamatkan lah sdara kita kt sana.

Lepas tu, air akan terus mngalir trun hala ke tanah merah, pasir mas, kota bharu, rantau pnjang, ke tmpat.. Malang nye sbb fenomena air laut pasang tu,, ditambh lagi dengan air dari setiap empangan dilepaskan, memg air sungai melimpah2. Abes kawasn yg berdekatan sg n kwasan rendah mula naik air. Bandar KB xyah cakap lah memg lumpuh n tenggelam terus, ngeri je tngok gambo yg kwan2 share.

Kampung aku plak kt kwasan yg agak tnggi, jd ingatkan memg xnaik, rupanya meleset. Trkejut bngun pg sabtu tu dalam keadaan gelap xda letrik n tngok2 air dah naik depan rumah. Xpernah lagi dalam sejarah kwasan kg aku ni naik air. Kat depan jalan raya semua tu memg dah xleh lalu.  Kire macam dah jd pulau kawasn ni..tersekat xleh g mana2.. Smpai tngahri air trus naik..nasib baik lah memg xujan.. Kalo ujan mgkin lagi teruk keadaan ni. aku mmg dah siap packing barng incase kna pindah. N Alhamdulillah petng tu  da ok air xsurut n xnaik.. Kajian meteriologi kata 28 december mngkin ujan lebat untuk gelombang ke tiga. Ya Allah . hebatnye dugaan mu ntuk rakyat kelantan..

Sangat berharap elektrik akan ada semule ntuk tahu perkembngan semasa. Dah rasa mcam dok dlam gua ni dok terperuk je kat rumah.