Sunday, 16 August 2015

Elephant Sanctuary Kuala Gandah, Pahang: anak gajah mereka sangat comel bila mandi

anak gajah ni berumur 2 tahun (aku nak pnggil poo)
Assalamualaikum

15Ogos2015

Kalau ke Pahang, jangan lupa singgah ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang, Malaysia. Ala, yang dekat Lanchang tu. Kalau dari KL ikut je highway Kuala Lumpur-Kuantan pastu keluar exit Lanchang, pastu nampak terus signboard ke kuala gandah tu. Pastu siap ada pilihan belah kiri ke kuala gandah, belah kanan ke deerland. Masa xdan plak aritu, xsempat la kite nak bertemu mata ngan mak 'doe a deer a female deer' tu. Senang nau ler. Kalau buta maps mcam aku ni, tanya aje baby waze. Kenapa aku panggil baby waze ni? Asbabnya, die update sndri kat phone aku terus tukar suara baby gitu. siap nak suh mak dia belanja eskrim lg kalau kita drive elok-elok. comel

Aku puji usaha jabatan PERHILITAN ni wujudkan pusat konservasi gajah ni. Biasanya gajah yang ada kt sini gajah yang diselamatkan di hutan daripada perangkap or pemburu. Lepas tu depa lepas la balik. Ada 27 ekor gajah semua skali haritu. Staff kat situ memang terangkan kat pelancong-pelancong nama setiap gajah. Nama depa semua ikut nama tempat yang dijumpai seperti Rajah (Rajah nama tempat kat sempadan Kelantan). Nama yang lain-lain aku pon xingat dah. tu main hentam letak nama Poo je.  Pusat ni dah 26 tahun tertubuh dari 1989. Halamak sama pulak umo kite. 

Memang baguslah usaha yang depa buat untuk memulihara hidupan liar. Aku harap hidupan liar yang lain pon ada pusat konservasi macam kat kuala gandah ni macam  harimau ada MYCAT, tapir, beruang, seladang, dan lain-lain lah. Bukan apa, kite perlu ada usaha yang mcam ni, elak kepupusan haiwan liar, anak cucu pon tngok jgak, kang pupus kang, cicit ciok esok kata kat aku, "opah, opah sempat tngok x gajah masa opah kecik dulu? Lili xdan tngok, kat muzium je ada fosil dia"(sedeh kan), duit pon masuk bile pelancong datang, aku pon dapat cuci mata.. eh.. 

tu kitorang tengah cucu mata tu.. hehe

Masa lawatan kat pusat ni start kul 2 time weekdays dan start kul 10 pg time weekend and abes kul 5 petang gitu la. Aku suggest korang datang time weekdays la sbb xramai orang. Kitorang g weekend aritu ramai nau, sampai full dah booking untuk mandi ngan anak gajah. Ku kuciwa ngat. Free je nak masuk sini tapi kena daftar lu untuk dapatkan sticker lawatan. Cuma kalau dapat book mandi ngan anak gajah, bayar rm 150 per group (10 orang per group)

10 am- lawatan rasmi (jelajah ler nak jelajah smpai lebam- aktiviti bebas. aku cadang korang pusing deerland dulu (bayaran dewasa rm8, kanak2 rm4) pastu baru pi masuk pusat kuala gandah)
1 pm- tayangan video dokumentari pemindahan semula gajah
2 pm- lunch hour with miss Elly ( kena beli (pisng rm5 sesisir, tebu rm3 seikat, kacang rm 2) kalau nak bg depa makan. mahal sket bagi aku tp xpe lah kite sokonglah aktiviti depa ni)
pastu ada lg, gajah2 wat pertunjukan, boleh pegang2 lg belalai depa tu
3 pm- mandi bersama anak gajah. aku cadang korang call dulu untuk booking aktiviti ni sebab terhad untuk 100  orang ja. Mandikan gajah ni 5 minit je per group boleh turun pi mandikan anak gajah. Lohai comel betul depa terapung2 tenggelam timbul dalam air. macam tengok iklan carry junior ja. hehe.  

Kalau nak booking aktiviti ke, nak tanya ape2 info ke boleh la tanya staf kat pusat ni ye.. ingat, book awal-awal tau:

pejabat eco (013-90882070)
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah,
Jabatan PERHILITAN,
Kuala Gandah, 28500 Lanchang,
Pahang Darul Makmur, Malaysia.
tel 09-2790391 fax 09-2790398
email: www.wildlife.gov.my


ni gambo apak n mak gajah.. anak depa xdan snap plak